7 Tip Sihat di bulan Ramadhan

Berikut tip-tip kesihatan yang boleh anda cuba agar tubuh tetap segar dan sihat selama menjalani ibadah puasa.

1. Pinta nasihat Doktor

Jika Anda mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat doktor tentang tahap kesihatan anda terlebih dahulu. Tanyakan mengenai pola pemakanan, waktu yang tepat untuk mengambil ubat atau multivitamin dan juga jenis sukan yang boleh dilakukan selama berpuasa.

2. Pengambikan Karbohidrat Kompleks

Pengambilan makanan yang mengandung karbohidrat kompleks seperti ubi, jagung, oatmeal, roti gandum atau nasi merah boleh membantu perut anda kenyang dengan lebih lama. Tambahkan makanan berserat dalam menu makan anda. Sayuran dan kekacangan adalah makanan yang mengandung kadar serat tinggi yang dapat membantu perut anda kenyang lebih lama. Selain itu, makanan berserat dapat mencegah Anda dari gangguan pencernaan yang sering terjadi di awal-awal menjalankan ibadah puasa.

3. Tingkatkan Pengambilan Protein

Berpuasa adalah masa yang tepat untuk mengubah pola pemakanan terutama jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan. Jika sebelumnya pola makan anda tinggi karbohidrat (lebih banyak nasi putih berbanding lauk), kini adalah waktunya untuk anda mengubahnya dengan pola pemakanan yang tinggi protein. Perbanyakkan pengambikan makanan seperti, daging, ayam, ikan, putih telur, kacang-kacangan dan makanan tinggi protein lainnya.

Makanan berprotein tinggi dapat membantu perut kenyang lebih lama sekaligus mencegah katabolisme otot (penyusutan otot) selama puasa.

4. Pengambilan Lemak Baik

Lemak baik boleh diperolehi dari ikan, kacang-kacangan, minyak zaitun, dan buah seperti alpukat. Lemak terutama lemak baik (HDL) juga diperlukan tubuh untuk menyerap nutrisi. Selain itu, lemak baik juga berperanan penting dalam membekalkan tenaga kedakam tubuh, membantu menurunkan kolesterol, dan mengurangi risiko penyakit jantung.

5. Kurangkan pengambilan Garam

Sebaiknya tidak terlalu mengambil makanan yang masin samada sewaktu sahur dan berbuka. Mengambil makanan tinggi garam dapat membuat tubuh anda cepat lapar dan dehidrasi. Graham MacGregor, profesor kedoktoran kardiovaskular di Wolfson Institute, London, mengatakan, untuk setiap penurunan satu gram pengambilan garam, kita boleh mencegah serangan jantung, gagal stroke dan jantung pada 12.000 orang,” sumber Dailymail.

6. Cukupkan keperluan air dalam Tubuh

Pada hari-hari biasa ketika tidak berpuasa, tubuh memerlukan minima 8 gelas air setiap hari untuk mencukupi keperluan cecair dalam tubuh. Namun, bagaimana untuk mencukupkan keperluan 8 gelas air setiap hari ketika berpuasa? Mudah saja, kumpulkan jumlah air yang anda perlukan dengan minum secukupnya ketika bersahur, berbuka dan setelah berbuka.

7. Beriadah itu Perlu!

Jangan jadikan ibadah puasa sebagai halangan untuk tidak bersukan atau beriadah, kerana bersukan dapat membuat tubuh anda tetap sihat dan kuat dalam menjalankan ibadah puasa. Lakukan rutin senaman selama beberapa minit sebelum waktu berbuka. Cukup lakukan senaman dengan intensiti rendah hingga sedang. Jangan bersukan setelah makan sahur agar anda tidak berpotensi membatalkan ibadah puasa.

Selamat berpuasa.

Tags: ,

Comments are closed.