Kaedah Rawatan Penyakit Ekzema & Psoriasis

Apa itu Ekzema dan Puncanya. Ekzema adalah satu keadaan kulit yang disebabkan oleh keradangan dan juga dikenali sebagai atopik atau dermatitis. Kebiasaannya, ekzema akan menyebabkan kulit seseorang itu mengalami kegatalan, kemerahan, kering, merekah, bersisik, timbul cecair dan berdarah serta kulit menebal sebelum kembali kepada keadaan asal jika penghidapnya mempunyai tabiat suka menggaru.
Lazimnya, tindakan menggaru sukar dikawal jika penghidap ekzema adalah bayi dan kanak-kanak, Ekzema boleh kelihatan di mana-mana bahagian tubuh badan. Bagi kebanyakan orang, ekzema adalah satu masalah kulit yang kronik dan kerap terjadi kepada kanak-kanak seawal usia dua bulan.
Namun kini bagi golongan dewasa juga tidak terkecuali untuk mendapatnya samada lelaki atau wanita. Apakah punca yang menyebabkan ekzema ini sering terjadi pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
1. Keturunan
Faktor keturunan memainkan peranan penting kepada risiko mendapat masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidap masalah ini, tidak mustahil anaknya juga berisiko tinggi menghidapinya.
2. Kuman yang membiak
Ada sesetengah pesakit mendapat masalah ini berpunca daripada kuman kulat yang dipanggil pityrosporum ovale. Namun, tidak semua bayi menghadapinya disebabkan kuman kulat berkenaan. Peningkatan sensitiviti kepada kulat berkenaan iaitu organisma yang hidup pada kulit dipercayai memainkan peranan dalam masalah ini.
3. Bahan kimia seperti buih sabun
Elakkan menggunakan sabun daripada jenis berbuih banyak kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Apabila kering, kulit akan rasa lebih gatal. Sebaiknya gunakan sabun yang khusus untuk kulit sensitif dan mandi menggunakan air yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Ekzema boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Sebaik sahaja anda mendapati ada kelainan seperti tompok-tompok merah, berair dan bersisik di kulit anak atau pada anda, segeralah berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan sebagainya
Bagi pesakit-pesakit yang mengalami masalah ekzema & psoriasis, mereka boleh dibantu dengan kaedah rawatan yang telah disyorkan oleh Professor Dato’ Dr. Hassan Yaacob dengan menggunakan produk-produk yang terdapat di House of Healin. Antara produk yang disarankan adalah:-
1. Zaniplus 350ml – membantu merangsang daya pertahanan badan dan mempercepatkan kemunculan kulit baru.
2. Derma – X Premuim 175gm / 30gm – Di sapu dibahagian yang hendak dirawat dua kali sehari.
3. Petroleum Jelly with Klorofil – Disapu selepas 2 jam menggunakan Derma- X bagi mengurangkan rasa gatal atau bila perlu.
Peringatan : Jangan digaru kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi luka dan melambatkan proses penyembuhan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-2345326.

Tags: , , ,

Comments are closed.