Kaedah-kaedah Berkhatan

Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Nabi Ibrahim a.s. berkhatan dengan kapak dan beliau dalam usia lapan puluh tahun”. (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1474).

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.

Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Dalam proses berkhatan, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kaefah iaitu tradisional, konvensional dan moden.

KAEDAH TRADISIONAL

Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.

Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.

Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.

KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional adalah penambahbaikan kepada kaedah tradisional. Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan.

Terdapat berbagai jenis peralatan yang boleh digunakan untuk kaedah konvensional ini. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan.

Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang dimanakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser.

Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan.

Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.

KAEDAH MODEN

Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’.

Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan.

Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.

KESIMPULAN
Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan semasa berkhatan, proses yang pantas dan mudah dijaga maka pilihlah teknik ‘Clamp’.

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang menggunakan teknik potong dan jahit.

Kaedah tradisional sudah hampir pupus atau sudah pupus sepenuhnya kerana ramai yang tidak menyukainya kerana ianya adalah menyakitkan.

Walau apapun, semua kaedah adalah baik dan mendatangkan hasil yang baik di penghujungnya kerana mengamalkan salah satu sunnah yang dituntut.

Penjagaan selepas berkhatan adalah sangat mustahak bagi memastikan penyembuhan yang cepat dan tidak menyakitkan kanak-kanak. Bantulah anak anda dalam menjaga kebersihan serta pemakanan semasa tempoh penyembuhan atau ‘berpantang’.

Tip-tip tambahan:

1) Untuk penyembuhan yang cepat, berikan Gamogen atau Zaniplus sebagai pemakanan tambahan bagi menambahkan zat-zat yang diperlukan di dalam badan serta menguatkan imun sistem.

2) Gunakan LUKANO untuk sapuan di bahagian yang luka bagi membantu penyembuhan dengan cepat dan tidak memedihkan.

3) Elakkan luka berkhatan daripada terkena air bagi membantu pengeringan luka dengan cepat dan mengelakkannya daripada bernanah.

MyHealin.com | Health and Beauty Made Easy!

Tags: , , , ,

Comments are closed.